PROSES
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
·
NUTFAH : yaitu peringkat pertama
bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah
berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah
dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang
bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A-
Sperma
B-Sperma menembusi ovum
· ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah
ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor
yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin).
Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang
bermaksud
" Kemudian Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :
- sesuatu yang bergantung atau
melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah
peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
· MUDGHAH
: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
· IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang
bermaksud :
"Lalu Kami
mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam
dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu
ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus
, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu
sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke
pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati,
buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna
lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut
semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
· NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.
Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat
janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya
pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
· NAFKHUR-RUH
: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti
roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian
insan disisi Allah s.w.t
Tidak ada komentar:
Posting Komentar